Wednesday, September 26, 2007

Kisah Pembunuhan Nurul Huda


Selain keluarga Noor Suzaily, tragedi yang menimpa Nurin jazlin turut mengembalikan memori pahit bagi Abdul Gani Juni, 54. Bapa kepada Nurul Huda Abdul Ghani, murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di pondok pengawal Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru pada 17 Januari 2004 itu turut berduka cita dengan kematian Nurin Jazlin.

“Saya bersimpati kepada keluarga Nurin Jazlin. Bukannya mudah bagi seorang bapa untuk kehilangan anaknya. Ia adalah perkara besar. Seperti saya sekarang, saya terpaksa bergantung kepada ubat penenang untuk meneruskan kehidupan," katanya. Abdul Gani, mendakwa sehingga kini dadanya mudah berdebar apabila berlaku sesuatu perkara yang mengejutkannya.

Beliau berkata, mengikuti kejadian pembunuhan kejam Nurin yang seakan-akan yang menimpa anaknya, Nurul Huda, 10, menyebabkannya turut berasa sebak kerana mengingatkannya kepada anak bongsu daripada 10 beradik itu. "Ia adalah satu pengalaman dan ujian besar daripada Allah. Walaupun berlaku lebih tiga tahun lalu, saya masih terasa Nurul Huda seolah-olah masih ada. Ia masih belum hilang dalam ingatan saya.

"Bahkan sampai sekarang, saya masih membiarkan gambar Nurul Huda terpasang dan tidak sampai hati nak menurunkan gambar berkenaan. Kadang-kadang saya akan bercakap sendiri kepada gambarnya seolah-olah Nurul Huda masih lagi ada," katanya sambil menitiskan air mata.

Abdul Gani berkata, beliau kini tidak mampu membaca berita mengenai pembunuhan kejam ke atas kanak-kanak seperti Nurin Jazlin secara mendalam sekali gus kerana ia akan mengingatkannya kepada Nurul Huda.

Beliau berkata, selepas membeli akhbar, laporan kes Nurin itu akan dibaca sekali imbas untuk mengetahui berita mengenainya sebelum membacanya semula pada waktu lapang lain. "Bagi saya, orang yang bertanggungjawab membunuh Nurin adalah orang yang lupa kepada kebesaran Allah dan orang yang zalim antara yang paling zalim," katanya yang menasihatkan Jazimin Abdul Jalil, 33, supaya bersabar dan menganggapnya sebagai ujian Allah.

Tuesday, September 25, 2007

Kronologi Pembunuhan Kejam Di Malysia

· 18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.

· 7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

· 23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

· 14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.

· 13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.

· 8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

· 6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

· 5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.

· 13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

· 8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.

· 17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.

· 23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
· 17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.

Monday, September 24, 2007

Kisah Nurin Jazlin...

PENCARIAN adik Nurin Jazlin Jazimin berakhir Khamis lalu, apabila mayat dalam beg yang ditemui Isnin lalu disahkan kanak-kanak malang itu yang hilang sejak sebulan lalu. Bukan saja ibu bapa Nurin Jazlin yang bersedih, tetapi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa turut berkabung dengan tragedi yang menimpa kanak-kanak comel itu.
Kematiannya yang dikatakan berpunca daripada penderaan seksual mengembalikan kenangan kepada beberapa kisah kanak-kanak lain yang turut diperkosa sebelum dibunuh dengan kejam. Nama seperti Nurul Huda Abdul Ghani, 10, yang dirogol dan dibunuh oleh pengawal keselamatan pada 2004, dan sebelum itu Ang May Hong (1987), Nushuhada Buruk (2000), Siti Nurliyana Shamimi Rosdi (2002) dan Harirawati pada 2004 tidak mungkin luput dalam ingatan.

Tidak perlu menerangkan dengan terperinci bagaimana penderitaan Nurin Jazlin atau mangsa lain sebelum mereka meninggal dunia kerana mengingatinya saja sudah cukup menyakitkan hati dan membuatkan kita menitiskan air mata. Sehingga artikel ini ditulis pembunuhnya masih lagi bebas. Malah, ada beberapa kes rogol dan bunuh yang menemui jalan buntu, antaranya pembunuhan Audrey Melissa Bathinathan pada 18 Mei 1999 berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Kematian Audrey cukup menyedihkan kerana beliau dirogol di kawasan semak hanya beberapa meter dari tempat awam.

Mungkinkah sikap enggan ambil peduli masyarakat kerana tidak mahu terbabit punca sebenar mengapa semakin banyak kes jenayah khususnya membabitkan rogol berlaku? Kes rogol seorang pelajar tingkatan enam yang berlaku di bawah jejantas di Jalan Reko ketika mangsa dalam perjalanan ke sebuah pasar raya untuk membeli peralatan peperiksaan pada 8 Oktober 2002, satu contoh terbaik.

Kejadian yang lebih menyedihkan setiap kali berlaku tragedi seperti ini, masyarakat berkobar-kobar mengutuknya. Pintu rumah dikunci rapat, anak hendak bermain waiman di depan rumah pasti ditemani, pendek kata setiap langkah si kecil diperhatikan. Pihak sekolah juga beriya-iya memantau pelajar yang sedang menunggu kedatangan bas sekolah atau ibu bapa. Tidak cukup dengan itu, pelbagai pihak tampil dengan cadangan demi cadangan bagi memastikan tragedi hitam yang menimpa mangsa tidak berulang. Malangnya apabila masa berlalu, cadangan hanya tinggal cadangan. Malah, masyarakat juga sudah mula lupa dengan peristiwa hitam itu. Kanak-kanak dibiarkan berjalan sendirian. Pihak sekolah juga mula pandang remeh keselamatan kanak-kanak kerana bagi mereka tamat saja waktu sekolah, kanak-kanak yang menunggu bas sekolah atau ibu bapa bukan lagi di bawah tanggung jawab mereka.

Hakikatnya, masyarakat kita mudah lupa. Bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah. Mungkin ketika ini pembunuh Nurin Jazlin dan kanak-kanak lain sedang ketawa riang kerana tidak ditangkap. Di dunia anda lepas, tetapi tidak di akhirat sana Kepada Jazimin Abdul Jalil dan isteri serta semua keluarga mangsa rogol, tabahkan hati. Kita turut bersedih, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Al Fatihah untuk adik Nurin Jazlinr yang berlaku pada siang hari, iaitu kira-kira jam 2.35 petang, tetapi tiada siapa tampil membantu meskipun mangsa dikatakan menjerit apabila dihumban dari atas jejantas sebelum perogolnya turun dan melakukan jenayah tersebut.